Seksyen Pembangunan Modal Insan
a. Seksyen Pembangunan Modal Insan meliputi program latihan bagi anggota Jabatan dalam perkhidmatan disamping merangkumi program latihan melatih modal insan dalam bidang pertanian vokasional khususnya pengurusan perladangan sawit dan latihan pertanian bersepadu secara komersial dari peringkat pengeluaran sehingga pemprosesan makanan.
b. Menyelaras kursus/program untuk tujuan pengesahan jawatan dan pembangunan kerjaya serta penempatan Latihan Industri bagi pelajar IPT/IPS, Latihan Peralihan Bakal Pesara Pasukan Keselamatan, Skim Sangkutan dan Latihan (SSL) dan sebagainya.
c. Memberi tumpuan dalam skop Pembangunan Organisasi selaras dengan aspirasi pihak pengurusan jabatan iaitu bagi mengurus strategi, program dan aktiviti-aktiviti untuk mengukuhkan kompetensi jabatan melalui program-program pembangunan organisasi.
SKOP
a. Memberi latihan di peringkat Sijil Vokasional Pertanian kepada belia dan beliawanis lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
b. Menyedia, mengurus dan menjalankan latihan dalam perkhidmatan untuk anggota jabatan di Pusat Latihan Pertanian, Kota Belud dengan harapan dapat meningkatkan pengetahuan dan tahap kompetensi mereka.
c. Mendapatkan dan memyalurkan maklumat mengenai peluang-peluang latihan dan seterusnya mempelawa penyertaan anggota jabatan dalam latihan yang dianjurkan sama ada oleh jabatan / agensi kerajaan ataupun pihak swasta, baik dalam negeri mahupun di luar negeri Sabah.
d. Membekal dan menyalurkan maklumat peperiksaan perkhidmatan kerajaan dan mengurus penyetaan anggota jabatan dalam peperiksaaan, mengurus penyediaan dan pemeriksaan soalan-soalan peperiksaan yang berkaitan seta menyedia dan mengemaskini sukatan peperiksaan perkhidmatan dari semasa ke semasa
e. Menyelaras dan menentukan tempat/lokasi untuk Latihan Sangkut/pembiasaan pegawai lantikan baharu di jabatan
f. Menyelaras dan mementukan tempat/lokasi untuk Latihan Industri/Latihan Ilmiah pelajar-Pelajar Institut Pertanian Sabah (IPS) dan institut pengajian tinggi (IPT) serta Latihan Peralihan untuk bakal pesara anggota pasukan keselamatan (tentera dan polis)
g. Menyelaras dan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Jabatan Pertanian Sabah melalui MS ISO 9001:2015
PERKHIDMATAN
a. Menganjurkan sekurang-kurangnya 25 buah program pembelajaran khususnya latihan dalam perkhidmatan untuk setiap anggota meliputi pelbagai gred jawatan.
b. Melaksanakan Program Sijil Keusahawanan Pertanian Bersepadu (PSKPB) selama 12 bulan khas kepada belia dan beliawanis yang mempunyai kelayakan dikehendaki.
c. Melaksanakan latihan vokasional melalui proses pembelajaran Kursus Asas (30% teori dan 70% latih amal) serta Latihan Industri selama 12 minggu bagi melengkapkan jumlah 48 jam kredit selama satu tahun (2 semester).
d. Menyelaras kursus/program untuk tujuan pengesahan jawatan dan pembangunan kerjaya seperti Program Transformasi Minda (PTM). Peperiksaan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Program Pembangunan Eksekutif (PROSPEK). Program IMPAK, Program PESAN dan sebagainya.
e. Mengurus Program Penyelarasan dan Penempatan Latihan Industri bagi pelajar IPT/IPS, Latihan Peralihan Bakal Pesara Pasukan Keselamatan, Skim Sangkutan dan Latihan (SSL) dan sebagainya.
f. Merancang, mengelola dan mengurus program-program pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan.
g. Menyelaras program Pembangunan Organisasi melalui Jawatankuasa Pemandu Peningkatan kualiti dan Produktiviti Jabatan Pertanian Sabah.
i. PUSAT LATIHAN PERTANIAN (ATC), KOTA BELUD
Pusat Latihan Pertanian berperanan untuk menjalankan program pembelajaran khususnya latihan dalam perkhidmatan untuk setiap anggota meliputi pelbagai gred jawatan. Program latihan yang dilaksanakan di pusat ini adalah bersandarkan kompetensi (competency-based training) dan keperluan kepakaran mengikut perspektif perkhidmatan awam agar dapat melaksanakan semua program dan pelbagai aktiviti jabatan lebih tersusun serta efisien.
ii. PUSAT LATIHAN PERTANIAN BERSEPADU, PUTATAN
Pusat Latihan Pertanian Bersepadu, Putatan berperanan untuk melatih modal insan secara formal untuk melahirkan individu yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang pertanian komersial dari peringkat pengeluaran sehingga pemprosesan makanan (huluan dan hiliran). Bagi melaksanakan program pembangunan modal insan dan Rancangan Malaysia kesebelas
(RMK-11), projek ini dilaksanakan dalam dua kategori iaitu:
a. Melaksanakan Program Sijil Keusahawanan Pertanian Bersepadu (PSKPB) selama 12 bulan khas kepada belia dan beliawanis yang mempunyai kelayakan dikehendaki. Melalui kursus ini, para peserta akan dilatih dan diajar dalam aspek-aspek keusahawanan pertanian dengan menekan konsep Pertanian Bersepadu secara komersial.
b. Sasaran Kursus Keusahawan Pertanian (KKP) bagi tahun 2020 adalah seperti berikut:
Catatan:
-
Jumlah Kursus: 10 Buah Kursus
-
*Tertakluk kepada perubahan
-
**Kursus-kursus Berbayar (RM200.00/orang)
Pusat Latihan Pertanian (ATC), Kota Belud
Pusat Latihan Pertanian Bersepadu, Putatan
Pusat Latihan Vokasional Pertanian (AVTC), Lahad Datu
Nota: Untuk mendapatkan maklumat perhubungan bagi tempat-tempat ini, sila rujuk direktori kami atau hubungi Kaunter Khidmat Pelanggan Jabatan Pertanian Sabah (088-283283).
Peta |
Alamat |
Seksyen Pembangunan Modal Insan & Organisasi Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Sabah Aras 5, Wisma Pertanian Sabah, Jalan Tasik (Off Jalan Maktab Gaya) Luyang,Beg Berkunci No. 2050, 88632 Kota Kinabalu, Sabah |
Maklumat Perhubungan Lain |
Tel : 088-283236 / 215 Faks : 088-283215 E-mel : Joseph.Fung@sabah.gov.my E-mel : Josephine.Damian@sabah.gov.my |